China, Itali Mahu Perkasa Kerjasama Saling Untung

2021-09-08 14:43:19  CRI
Share with:

China bersedia bersama-sama Itali memegang hala tuju perkembangan perkongsian strategik komprehensif pada era baharu ini, di samping memperdalam kerjasama saling untung hingga menjadi teladan bagi negara-negara yang mempunyai sistem politik dan budaya berbeza.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menghubungi Perdana Menteri Itali, Mario Draghi melalui telefon pada Selasa.

Xi menyarankan kedua-dua pihak memperkukuh kolaborasi dalam pelbagai bidang di bawah bimbingan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau juga mahu sinergi dilakukan bagi memastikan Tahun Budaya dan Pelancongan China-Itali 2022 diadakan dengan jayanya, dan aktiviti itu dijadikan peluang untuk meningkatkan kerjasama melibatkan sukan ais dan salji serta industri berkaitan.

Draghi pula berkata, Itali amat mementingkan perkongsian strategik komprehensif dengan China, dan berharap kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang terus diperkukuh.

Beliau  turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan China dalam menangani perubahan iklim global, dan ingin memperkasa komunikasi dan kerjasama dengan China di bawah kerangka multilateral termasuk Kumpulan 20 (G20).

梁靓