Wang Yi Bakal Lawat Empat Negara Asia

2021-09-08 10:06:49  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi bakal melakukan lawatan rasmi ke empat buah negara di Asia iaitu Vietnam, Kemboja, Singapura dan Republik Korea (ROK), bermula 10 hingga 15 September.

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin semasa sidang media Selasa mengumumkan, antara agenda utama lawatan tersebut adalah untuk mempengerusikan sidang ke-13 Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Dua Hala China-Vietnam bersama Timbalan Perdana Menteri, Pham Binh Minh.

Difahamkan, lawatan Wang Yi berkenaan dilakukan atas jemputan rakan sejawatnya dari Vietnam Bui Thanh Son, Timbalan Perdana Menteri Kemboja Prak Sokhonn, Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatnya dari ROK, Chung Eui-yong.

董筱娉