Taliban Janji Pastikan Kedamaian Berkekalan

2021-09-08 15:15:15  CRI
Share with:

Taliban memberi jaminan bahawa kerajaan sementara akan memastikan "kedamaian berkekalan, kemakmuran dan pembangunan" diwujudkan di Afghanistan.

Janji itu dibuat Taliban menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mengumumkan penubuhan kerajaan sementara pada Selasa.

Menurut kenyataan tersebut, anggota kerajaan sementara akan menjalankan tugasan mengikut rukun Islam, dan berusaha menjamin kepentingan negara dan keselamatan sempadan.

Di samping itu, Afghanistan bersedia mengembangkan hubungan yang stabil dan sihat dengan pelbagai negara berdasarkan prinsip saling menghormati.

Kerajaan Afghanistan juga akan berusaha melindungi keselamatan anggota misi diplomatik, pertubuhan kemanusiaan dan pelabur asing.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada akan menjadi Amir Afghanistan untuk memimpin negara.

张哲