BRICS Tampil Sebagai Kuasa Penting di Persada Dunia:Xi

2021-09-09 22:45:14  CRI
Share with:

BRICS Tampil Sebagai Kuasa Penting di Persada Dunia:Xi_fororder_0909a

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang kemuncak BRICS ke-13 secara maya di Beijing, malam ini.

Xi menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 terjalinnya ikatan kerjasama negara BRICS membabitkan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Dalam tempoh 15 tahun lalu, lima entiti ekonomi baru muncul dunia itu berpegang kepada keterbukaan dan keterangkuman serta melayan satu sama lain secara sama rata.

Selain meningkatkan komunikasi strategik dan rasa saling percaya dalam politik, anggota blok tersebut saling menghormati sistem sosial dan jalan pembangunan masing-masing, sekali gus berusaha mencari cara yang relevan untuk mengendalikan hubungan sesama negara.  

Menurut Xi, aspek-aspek seperti inovasi pragmatik, kolaborasi menang-menang, dasar pembangunan berintegrasi dan kelebihan yang dioptimumkan sentiasa dititikberatkan blok berkenaan apabila kerjasama membabitkan banyak bidang dimantapkan.

Beliau turut mengangkat blok itu sebagai kuasa penting di persada dunia susulan peranannya dalam mendukung kesamarataan, menegakkan amalan multilateralisme dan mengambil bahagian dalam tadbir urus global.

BRICS Tampil Sebagai Kuasa Penting di Persada Dunia:Xi_fororder_0909b

Pada pandangannya, selagi wujudnya sinergi dan solidariti, BRICS pasti mampu mengatasi segala kesulitan yang mendatang dan terus melangkah maju ke hadapan.

Demi membawa kerjasama pragmatik sesama anggota blok ke tahap lebih tinggi, Xi mengesyorkan supaya kerjasama dalam kesihatan awam diperkasakan lagi dan kesamarataan akses kepada vaksin COVID-19 dijamin.

Selain bidang ekonomi demi situasi saling untung, kerjasama dalam politik dan keselamatan serta aktiviti interaksi sosiobudaya juga harus dimantapkan lagi.

Dalam pada itu, Xi turut mengumumkan bahawa China akan menyumbangkan 100 juta lagi dos vaksin COVID-19 kepada negara-negara membangun pada tahun ini.

China akan mengambil alih jawatan pengerusi bergilir BRICS dan menjadi hos sidang kemuncak edisi ke-14 pada tahun depan.

董筱娉