Afghanistan di Mata AS dalam Tempoh 20 Tahun

2021-09-09 13:43:08  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) melaporkan pada 7 September bahawa Taliban mengumumkan untuk membentuk Emiriah Islam Afghanistan sebagai kerajaan sementara.

Dengan itu, ia secara tidak langsung menandakan Taliban sekali lagi memerintah negara Afghanistan selepas 20 tahun.

Di media sosial, terdapat warganet menyindir campur tangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan dengan menyebut, "sekiranya anda merasakan bahawa anda sudah lama tinggal di tempat yang sama, cuba bayangkan AS dalam tempoh 20 tahun, memiliki empat presiden, menghabiskan USD2 trilion (RM8.3 trilion),  mempertaruhkan 2,400 nyawa askar tenteranya, semata-mata hanya untuk menyaksikan pemerintahan Afghanistan ditukar daripada Taliban kepada Taliban.

Realitinya, apa yang dialami Afghanistan dalam tempoh 20 tahun ini, pasti akan diingati rakyatnya, dan apa yang dilakukan AS, pasti tidak akan dilupakan dunia.

Video ini menceritakan 'perkataan cantik' yang pernah ditutur dan 'perkara keji' yang pernah dilakukan AS mengenai Afghanistan dalam tempoh 20 tahun lalu.

曹捷