Kerajaan Taliban Laksana Undang-undang Syariah

2021-09-09 11:33:53  CRI
Share with:

Kerajaan sementara Taliban yang baru dibentuk, akan mentadbir urus negara di sisi undang-undang Syariah.

Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada menegaskan perkara tersebut dalam kenyataan pertamanya pada Rabu.

Menurutnya, pucuk pimpinan baharu itu takkan bermusuh dengan sesiapa pun dan Afghanistan merupakan tanah tumpah darah setiap rakyat.

Kenyataan tersebut berbunyi, kerajaan baharu itu akan menghormati hak yang sah setiap orang, dan menggembleng seluruh tenaga untuk membina semula Afghanistan.

Turut juga dijanjikan bahawa wilayah negara itu takkan digunakan untuk menjejaskan keselamatan sebarang negara.

董筱娉