Myanmar Diseru Selesai Masalah Menerusi Dialog

2021-09-09 13:36:21  CRI
Share with:

China konsisten dengan pendirian bahawa semua parti dan puak di Myanmar harus mencari formula penyelesaian bagi masalah berkenaan menerusi dialog demi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat. 

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu berkata, usaha tersebut perlu dilakukan dalam rangka perlembagaan  dan undang-undang bagi mengembalikan ketenteraman masyarakat dan menyambung proses transformasi demokratik seawal mungkin.

Myanmar kini berada dalam keadaan darurat selepas "pemangku presiden" Kerajaan Kesatuan Nasional (NUG), Duwa Lashi La mengumumkan pelancaran "perang pertahanan rakyat" menyasarkan kerajaan junta pada Selasa.

Tindakan itu mengundang kecaman kerajaan Myanmar yang mengatakan NUG berniat merosakkan ketenteraman masyarakat menerusi kekerasan.

梁靓