Menteri Luar China, Laos Adakan Pertemuan Empat Mata

2021-09-10 14:00:28  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari Laos, Saleumxay Kommasith secara maya, semalam.

Dalam sesi tersebut, Wang Yi berkata, China dan Laos telah berganding bahu dalam mempromosi pembinaan berkongsi nasib menerusi panduan strategik yang dirangka oleh pempimpin tertinggi parti serta kerajaan kedua-kedua negara sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, kedua-duanya yang menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kini menyaksikan peningkatan pesat dalam perdagangan dua hala.

Menurut Wang, ditambah dengan status landasan kereta api China-Laos yang bakal siap dibina tidak lama lagi, kedua-dua pihak akan terus mempromosi komuniti berkongsi nasib China dan Laos agar jalinan persahabatan dapat diwariskan kepada generasi baharu.

Dalam pada itu, Saleumxay Kommasith pula menyatakan ketersediaan Laos untuk bersama-sama China menterjemahkan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak.

Jelas beliau, ia termasuk dengan melaksanakannya secara menyeluruh, mencegah campur tangan kuasa luar, serta mendorong agar kemajuan dicapai dalam pembinaan koridor ekonomi Laos-China.

Saleumxay berkata, beliau juga akan memastikan agar kereta api China-Laos akan dapat beroperasi seperti yang dijadualkan iaitu menjelang penghujung tahun ini.

曹捷