Hidup, Seolah-olah Sukan Paralimpik Tidak Pernah Berakhir --Cerita Ping Yali

2021-09-10 10:14:27  CRI
Share with:

Hidup, Seolah-olah Sukan Paralimpik Tidak Pernah Berakhir --Cerita Ping Yali_fororder_pyl4

Pada sebelah pagi suatu masa yang lalu, Pasar Barangan Antik Panjiayuan dibuka tepat pada waktunya walaupun sudah musim sejuk untuk menyambut kedatangan pembeli dan pengunjung yang ingin mencari dan membeli barang antik yang diminati. Terdapat seorang pengunjung wanita pertengahan umur yang nampaknya kurang baik penglihatannya, kerana matanya tak macam orang biasa melihat jalan ataupun barangan.

“Adakah kak Ping betul-betul membuat keputusan ni?”, kata seorang teman yang mendamping di sebelahnya.

“Yingzi, mata saya kurang baik. Tolonglah cari seorang tauke kedai yang nampaknya berwajah ramah tamah, sebab saya mungkin bernasib dapat membeli balik harta kesayangan ni suatu masa kelak. ”

“Cubalah tanya taoke kedai ini.”

Kedua-duanya berhenti di depan sebuah kedai yang penuh dengan banyak medal peringatan yang tergantung pada dindingnya. Kak Ping ragu-ragu mengeluarkan sebuah pingat emas yang kelihatan kilau-mengilau di bawah sinaran matahari.

“Lapan ratus yuan”, kata taoke itu.

“Saya tak mahu lagi menjualnya”, kak Ping terus menolak harga yang begitu murah itu. Dalam perjanlanan balik, kak Ping yang berganding pada bahu Yingzi seolah-olah kedengaran suara pada belasan tahun yang lalu.

“Ping Yali, kau pemenang pingat emas pertama China dalam Sukan Paralimpik. Sebagai juara Paralimpik, kau diharap menjadi teladan golongan orang kurang upaya di seluruh negara. Bolehkah kau berbuat sedemikian?”

Waktu itu, air mata Ping Yali kelihatan mengalir di pipinya.

 

Pada Jun tahun 1984, Stadium New York berada dalam suasana yang meriah. Ping Yali yang berusia 23 tahun bersama jurulatihnya, Tian Maijiu yang bersama-sama berpakaian biru yang tertera karakter “China”, memasuki gelanggan pertandingan akhir olahraga Sukan Paralimpik ke-7. Ping Yali sebagai pelompat jauh wanita kategori B2, diatur beraksi pada giliran terakhir. Sebaik saja berasa suasana dalam gelanggan, Ping Yali menjadi sedikit panik dan kakinya mula menggetar. Tian Maijiu sambil menggalakkan anak buahnya, sambil merenung pada papan mata.

“Jurulatih, tolong tengok siapa lompat sekarang.”

“Seorang atlet dari kontinjen Brazil. Kemudian barulah giliran kau.”

“Jurulatih, saya berasa takut.”

“Takut apa ni? Lompat saja macam biasa, kaulah juara.”

“Yakah? Saya boleh menjadi juara!” Ping Yali yang sentiasa percaya pada jurulatihnya, segera bertambah semangat dan terus berdiri gagah.

“Percayalah pada pandangan saya. Kau yang paling hebat”, kata jurulatih Tian.

Empat perpuluhan satu dua meter, itulah catatan seteru utamanya dari kontinjen Brazil, iaitu empat sentimeter lebih jauh daripada rekod terbaik Ping Yali.

“Yali, saya tahu kau tidak dapat melihat. Namun, boleh bayangkan kau berdiri di atas rostrum pemenang dan mendengar lagu kebangsaan yang mula disiarkan. Hari ini, biarkan kita terbang di Amerika Syarikat!” kata Tian Maijiu, sambil meletakkan tangannya di atas bahu Ping Yali.

“Terbang. Saya ingin terbang.” Ping Yali yang mendapat inspirasi ini, terus turun padang dengan semangat yang gigih. Beliau melompat seperti panah yang dilepaskan. Empat perpuluhan dua lapan meter! Catatannya turut muncul pada papan mata, diiringi dengan tepukan tangan yang gemuruh.

Hidup, Seolah-olah Sukan Paralimpik Tidak Pernah Berakhir --Cerita Ping Yali_fororder_pyl2

Beberapa hari setelah itu, Ping Yali diatur bertemu dengan seorang pegawai dalam bilik mesyuarat Persatuan Orang Kurang Upaya China.

 

“Ping Yali, kerana sumbanganmu kepada sukan orang kurang upaya China, anda dianugerahi ganjaran RMB300 (RM186) dan dua rumah.”

“Terima kasih, cuma satu rumah sudah cukup bagi saya. Satu lagi boleh diatur bagi orang yang mempunyai keperluan.”

“Baik. Kami menghormati keputusanmu. Ping Yali, anda pemenang pingat emas pertama China dalam Sukan Paralimpik. Sebagai juara Paralimpik, anda diharap menjadi teladan orang kurang upaya di seluruh negara. Bolehkah anda berbuat sedemikian?”

“Boleh!”

 

Pada beberapa tahun kemudian, Ping Yali yang sudah berkeluarga memilih berkeja dalam satu kilang pada siang, dan mengikuti latihan olahraga pada malam. Keadaan itu berlarutan sehingga kelahiran anaknya pada tahun 1991. Beliau memutuskan meninggalkan gelanggan pertandingan untuk meluangkan masa mengasuhkan anaknya pada malam. Sayang sekali, anak Ping Yali pun dikesan menghidap katarak kongenital bawaan yang sama diderita ibunya.

 

Bagaimanpun, Ping terpaksa menghadapi dan menjalani kehidupan yang susah payah. Pada suatu hari kemudian, Ping Yali yang sedang bekerja di bengkel dipanggil keluar. Ketua kilang memberitahunya bahawa pihaknya berancang menyusun semula sejumlah pos kerja. Mereka yang tersenarai perlu mencari rezeki di tempat lain. Sebagai juara Sukan Paralimpik, Yali terpilih menjadi antara penganggur kumpulan pertama kilang itu.

Sejak hari itu, suaminya menjadi satu-satunya sumber rekezi sekeluarga, sedangkan Yali beralih menumpu kepada urusan pemeliharaan anak seperti membawanya jumpa doktor. Ekonomi sekeluarga bertambah buruk, sehingga suami yang bertimbang rasa sebelum ini lama kelamaan menjadi biadab dan bercuai dalam memikul rumahtangga. Akhirnya, Ping Yali memutuskan bercerai dan memilih menjaga anaknya dengan kemampuan sendiri.

Sebagai teladan yang boleh memberi inspirasi kepada orang kurang upaya, Ping kadang kala mendapat undangan ceramah untuk berkongsi cerita perjuangannya, dan boleh mendapat bayaran RMB15 (RM9.3) sekali. Bagaimanapun, pendapatan yang sedikit itu tidak mencukupi bagi menyokong sara hidupnya.

Demi mencari rezeki yang lumayan, Ping Yali memutuskan membuka satu rumah perkhidmatan urut. Beliau berdasarkan bantuan jiran, memblok ruang tamu rumahnya kepada dua bahagian dan berjaya menggantungkan satu papan yang tertera “bilik urut”.

Hidup, Seolah-olah Sukan Paralimpik Tidak Pernah Berakhir --Cerita Ping Yali_fororder_pyl3

Masa berlalu begitu cepat. Anak Ping Yali sudah membesar dan berpeluang menuntut ilum dalam universiti. Ping yang perlu membantunya membayar yuran dalam jumlah yang besar ketika mencari-cari akal, pernah berfikir dan bertindak menjual pingat emasnya.

 

Setelah menolak menjual pingatnya di Pasar Barangan Antik Panjiyuan dan balik rumah, Ping Yali menjadi lebih rajin dalam menangani kerja harian. Apabila menyelesaikan urusan mengurut setiap hari, beliau biasanya berbaring cukup lama barulah dapat bangun.

Pada suatu hari kemudian, Ping mendapat panggilan telefon dari Xu Haifeng, pemenang pingat emas pertama China dalam Sukan Olimpik Musim Panas di Los Angeles pada 1984, iaitu sebulan lebih lambat daripada masa Ping Yali memperoleh pingat emas pertama untuk China dalam Sukan Paralimpik.

“Yali, Stesen Televisyen Pusat China sedang menganjurkan satu program, yang bertujuan memilih mereka yang berpengalaman, mempunyai inspirasi dan bersemangat keusahawanan dalam memulakan kerjaya baharu. Mereka yang terpilih boleh mendapat wang inisiatif sebanyak RMB2 juta (RM1.24 juta). Saya sudah mencalonkanmu kepada pihak penganjur.”

Dalam studio program terbabit, Yali ketika ditanya hos apa yang menunjangnya bersemangat gigih mengatasi kesusahpayahan sejak sekian lama setelah memperoleh pingat emas pada 1984.

“Di mata orang lain, saya nampaknya sudah meninggalkan gelanggang pertandingan Sukan Paralimpik. Namun di mata saya sendiri, hidup, seolah-olah Sukan Paralimpik yang tidak pernah berakhir.”

Hidup, Seolah-olah Sukan Paralimpik Tidak Pernah Berakhir --Cerita Ping Yali_fororder_pyl

高蕾