Cubaan “Tribunal Uygur” Sia-sia

2021-09-10 16:05:02  CRI
Share with:

 

Beijing membidas cubaan “Tribunal Uygur” merancang mengadakan lagi sesi pendengaran dalam masa terdekat.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian ketika berkata kepada media pada Khamis, menyifatkan tribunal tajaan Kongres Uygur Sedunia (WUC) dan sesetengah peguam Britain itu sebagai tidak sah.

Beliau menegaskan, walau berapa lama sekalipun mereka mencuba, ia adalah sia-sia sahaja.

Menurut beliau, tribunal berkenaan dibiayai WUC, sebuah pertubuhan anti-Beijing yang mencanangkan fahaman pemisahan Xinjiang daripada China.

“Mereka yang kononnya menjadi pakar, ketua hakim atau saksi kepada tribunal itu sebenarnya kaki bohong dengan mempunyai rekod buruk hingga menjadi bahan ketawa di dunia.

“Seperti Adrian Zenz asal Jerman, sering berdusta dan menyebarkan khabar angin bahawa wujudnya pemandulan paksa dan genosid di Xinjiang.

“Tanpa sebarang bukti kukuh, dia hanya mereka-reka cerita dengan tujuan memburuk-burukkan imej Xinjiang,” ujarnya.

董筱娉