Sinergi Diperlukan Elak Pembaziran Makanan

2021-09-10 16:32:27  CRI
Share with:

Pihak-pihak terbabit diharap supaya membentuk sinergi dalam melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan menyumbang ke arah mencapai kelaparan dan kemiskinan sifar.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping menerusi perutusan tahniahnya kepada perasmian Persidangan Antarabangsa mengenai Pengurangan dan Pembaziran Makanan (ICFLW) di Ji’nan, provinsi Shandong hari ini.

Xi berkata, keselamatan makanan merupakan isu asas kehidupan umat manusia. Usaha mengelak pembaziran antara pendekatan yang penting untuk menjamin keselamatan makanan.

Tatkala pandemik COVID-19 merebak ketika ini, khususnya keselamatan makanan didepani cabaran, semua negara perlu bertindak tegas untuk mengendalikan perkara tersebut ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

董筱娉