PM Malaysia Aju Tiga Saranan Perkukuh Hubungan ASEAN, China

2021-09-10 16:26:49  CRI
Share with:

ASEAN dan China perlu bersatu tenaga mengharungi cabaran pandemik COVID-19, di samping mewujudkan suasana kondusif untuk kerjasama strategik hingga menjadikannya muncul lebih mantap dan berdaya tahan.

Demikian ujar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap menerusi rakaman video pada majlis pembukaan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-18 di Nanning, wilayah Guangxi hari ini.

Beliau berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 hubungan dialog ASEAN-China, menandakan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak lebih kukuh dan konotatif.

Beliau turut mengemukakan tiga saranan bagi memperkasa kerjasama kedua-dua pihak antaranya mempergiatkan perdagangan dan pelaburan terbuka, serta memfokuskan kepada   "gelembung perjalanan" rentas sempadan yang sangat penting untuk pemulihan serantau.

Selain itu katanya, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) harus diperkukuh sebagai landasan penting untuk rejuvenasi ekonomi ASEAN.

梁靓