Kilang Pengeluaran Vaksin China yang Pertama di Eropah Mula Dibina

2021-09-10 13:56:45  CRI
Share with:

Kilang Pengeluaran Vaksin China yang Pertama di Eropah Mula Dibina_fororder_微信图片_20210910132558

Secara rasminya, kilang pengeluaran vaksin China yang pertama di Eropah mula dibina di Belgrade, Serbia, semalam.

Kilang Pengeluaran Vaksin China yang Pertama di Eropah Mula Dibina_fororder_微信图片_20210910132538

Presiden Serbia, Aleksandar Vučić telah melakukan upacara pecah tanah sebagai simbolik pembinaan kilang itu, sambil disaksikan oleh Menteri Kesihatan Serbia dan Duta Besar China ke Serbia, Chen Bo.

Pada upacara tersebut, Vučić menyatakan bahawa dengan bantuan China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Serbia kini mampu membina sebuah kilang vaksin yang moden.

Beliau berkata, usaha tersebut membawa makna besar khususnya dalam usaha memerangi wabak COVID-19 di Serbia dan rantau itu.

Kilang Pengeluaran Vaksin China yang Pertama di Eropah Mula Dibina_fororder_微信图片_20210910132550

Dalam pada itu, Chen Bo dalam ucapannya pula menyifatkan kerjasama yang dijalankan China, Serbia dan UAE itu adalah teladan bagi negara lain.

Jelas beliau, pelbagai negara akan mampu mengatasi wabak sekiranya semuanya dapat bersatu-padu serta menjalankan koordinasi dan kerjasama.

Difahamkan, kilang tersebut dijadualkan untuk mula mengeluarkan vaksin Sinopharm China pada bulan April tahun 2022, dan selain dibekalkan kepada Serbia, ia juga akan diagihkan kepada kawasan Balkan dan negara Eropah lain.

曹捷