Xi Junjung Tinggi Budaya Hormati Guru

2021-09-11 17:30:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2021090914385015380

Budaya menghormati guru dan menghargai pendidikan dijunjung tinggi Presiden Xi Jinping.

Beliau juga mahu profesion perguruan dimartabatkan sebagai kerjaya yang membanggakan dan dihormati seluruh masyarakat.

“Saya mempunyai ramai cikgu, dan masih ingat akan mereka. Mereka mengajar ilmu dan nilai moral yang memberi manfaat tidak ternilai kepada saya,” ujar beliau.

Pada 9 September 2016, Presiden Xi mengunjungi Sekolah Ba Yi Beijing dan bertemu mesra dengan cikgu beliau menjelang Hari Guru China yang disambut pada 10 September setiap tahun.

“Tanpa mengira apa jawatan yang disandang, dia sentiasa ingat akan cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya,” kata Chen Zhonghan, cikgu Xi pada zaman sekolah menengah.

Xi juga kerap kali membalas surat kepada cikgu-cikgu dari seluruh negara untuk menyampaikan penghormatan kepada mereka.

图片默认标题_fororder_2021090914394940620

Pada 25 Februari 2021, Presiden Xi menganugerahkan hadiah kepada Zhang Guimei yang berbakti untuk memajukan pendidikan di kawasan luar bandar di provinsi Yunnan, sebagai suri teladan dalam usaha membasmi kemiskinan.

张哲