Prestasi Dagangan China, ASEAN Memberangsangkan

2021-09-11 14:07:13  CRI
Share with:

China dan ASEAN mencatatkan prestasi dagangan cukup memberangsangkan yang skalanya merekodkan peningkatan sebanyak 85 kali ganda berbanding tiga dekad lalu.

Demikian ujar Presiden Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Gao Yan semasa Forum Pemimpin Perniagaan China-ASEAN serta sidang khas sempena 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN, di Nanning, wilayah Guangxi pada Jumaat.

Prestasi Dagangan China, ASEAN Memberangsangkan_fororder_0911a

Gao berkata, didorong saling hubung yang lebih baik membabitkan kemudahan laluan darat dan laut, kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN semakin dimantapkan, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan dua hala melebihi USD310 bilion (RM1.28 trilion).

Wakil sektor perindustrian dan perniagaan dari sepuluh negara Asia Tenggara sebulat suara menyatakan prestasi perdagangan dan pelaburan ASEAN-China kekal mantap, meskipun berdepan ketidaktentuan akibat penularan wabak COVID-19.

Prestasi Dagangan China, ASEAN Memberangsangkan_fororder_0911b

Dalam pada itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Low Kian Chuan menyuarakan harapan agar kolaborasi antara kedua-dua pihak menjadi lebih berdimensi pada masa hadapan.

Beliau yakin, di bawah rangka Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), lebih banyak peluang akan dijanjikan hingga membawakan kerjasama berkenaan ke tahap lebih tinggi.

董筱娉