Cara Lerai Ketegangan, Xi Beri Jawapan

2021-09-11 18:06:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat.

Mereka mengadakan komunikasi strategik secara jujur, mendalam dan meluas mengenai hubungan bilateral dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

Ia merupakan perbualan kali kedua pada tahun ini, sepertimana yang dilaporkan CNN bahawa panggilan itu dibuat atas permintaan AS.

Hubungan China-AS antara yang terpenting di dunia. Sepanjang perbualan itu, Xi menyatakan, sebagai negara membangun dan negara maju terbesar, hubungan China-AS berkaitan dengan masa depan dan nasib dunia. Bagaimana mengendalikan hubungan bilateral ini dengan baik merupakan soalan sezaman yang harus dijawab kedua-dua negara.

Semasa perbualan pertama pada awal tahun ini, Xi pernah mengajukan kunci bagi memecahkan kebuntuan dalam hubungan Washington-Beijing, iaitu saling menghormati dan melayan satu sama lain secara sama rata.

Dalam perbualan kali ini, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerjasama menjanjikan manfaat, manakala konfrontasi mengundang celaka.

Menyentuh tentang kerjasama dalam menangani perubahan iklim, beliau juga lantang menyuarakan pendirian bahawa dialog boleh diteruskan kedua-dua negara bersandarkan prinsip saling menghormati kepentingan teras dan mengendalikan perselisihan pendapat secara baik.

董筱娉