Malaysia Alu-alukan Pelaburan Syarikat Teknologi Tinggi China

2021-09-12 16:10:50  CRI
Share with:

Malaysia Alu-alukan Pelaburan Syarikat Teknologi Tinggi China_fororder_1631367885957_70_871x457

Kerajaan Malaysia mengalu-alukan lebih banyak syarikat teknologi tinggi China datang untuk membuat pelaburan, kerana ia selaras dengan objektif strategik Aspirasi Pelaburan Kebangsaan (NIA) yang menyasar penaiktarafan industri dan transformasi ekonomi.

Demikian ujar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong ketika berucap dalam sesi mempromosi kerjasama kapasiti pengeluaran dan pelaburan China-ASEAN yang berlangsung secara maya pada Sabtu.

Kata beliau, pihaknya sedang menjalankan kerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan China bagi menyusun pelan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk tempoh lima tahun akan datang.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada ekonomi digital, industri pertanian, Revolusi Perindustrian Ke-4, pembangunan kapasiti industri dan lain-lain.

张哲