Iran: Rundingan dengan IAEA Bersifat Konstruktif

2021-09-13 13:36:31  CRI
Share with:

Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Mohamed Islami telah mengadakan rundingan dengan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Mariano Grossi di Tehran semalam, dan menyifatkan rundingan itu bersifat konstruktif.

Islami dalam sidang media bersama selepas rundingan itu berkata, rundingan ini diadakan adalah untuk menyediakan peluang bagi memperluas komunikasi dan kerjasama berdasarkan peraturan dan rangka IAEA. Kedua-dua pihak memutuskan bahawa pakar IAEA akan diundang ke Iran untuk menggantikan kad ingatan dalam peralatan pemantauan yang dipasang IAEA pada kemudahan nuklear Iran serta menjalankan pemeliharaan yang diperlukan terhadap kemudahan itu.  

曹捷