Tahniah Dewan Negara atas Kejayaan Pemilihan Majlis Undangan Ke-7 Macau

2021-09-13 12:09:59  CRI
Share with:

Dewan Negara China mengutus kawat tahniah kepada kerajaan Macau yang berjaya mengadakan pengundian bagi pemilihan Majlis Undangan ke-7 semalam.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Dewan Negara China berkata, kerajaan Macau bersungguh-sungguh menjamin dan memudahkan penduduk tempatan yang berhak mengundi dalam pemilihan, sambil bertindak pantas mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19. Ini merupakan praktik "Satu Negara Dua Sistem" yang bercirikan Macau yang berjaya.

Dimaklumkan, pemilihan yang diadakan mengikut Undang-undang Asas dan Undang-undang Pemilihan Majlis Undangan mencerminkan prinsip "Macau ditadbir patriot" dan penglibatan luas pelbagai kalangan masyarakat.

Anggota Majlis Undangan yang baru terpilih diharap menunaikan tanggungjawab masing-masing agar menyumbang kepada pelaksanaan "Satu Negara Dua Sistem" serta pembangkitan semula bangsa China.

高蕾