Hun Sen Ditemui Wang Yi

2021-09-13 11:49:25  CRI
Share with:

Hun Sen Ditemui Wang Yi_fororder_微信图片_20210913114726

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah ditemui ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu di Phnom Penh semalam.

Hun Sen menyatakan bahawa Kemboja bersedia bersama China mendorong perkembangan hubungan persaudaraan  kedua-dua pihak. Kemboja tidak akan bertunduk kepala kepada tekanan luar dan akan terus menyokong dengan tegas pendirian China yang rasional dalam isu Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang yang melibatkan kepentingan teras China. Kemboja akan meningkatkan komunikasi dengan China untuk mencegah kuasa luar yang berniat mengacau-bilaukan hal ehwal serantau dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Hun Sen Ditemui Wang Yi_fororder_微信图片_20210913114738

Dalam pertemuan itu, Wang Yi telah menyampaikan salam mesra pemimpin China kepada Hun Sen dan menyatakan bahawa China akan terus menghulurkan bantuan termasuk vaksin dan barangan keperluan melawan wabak COVID-19 sehingga Kemboja mengatasi wabak dengan berjaya. China bersedia bersama-sama Kemboja mempercepat pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan berkualiti tinggi, mengambil tindakan bersungguh-sungguh untuk membantu Kemboja memulihkan ekonominya dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

China berharap sempena Kemboja menyandang jawatan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan, rundingan antara China dan negara-negara ASEAN mengenai Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dapat diselesaikan dengan menggubal tatasusila dan norma yang kondusif  yang selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hukum Laut (UNCLOS), sekali gus membuktikan China dan negara-negara ASEAN berhasrat dan berkemampuan menguruskan urusan serantau dengan baik.

曹捷