Canton Fair ke-130 Bakal Diadakan secara Hibrid

2021-09-13 13:35:13  CRI
Share with:

Canton Fair ke-130 bakal diadakan secara fizikal dan dalam talian pada bulan Oktober. Baru-baru ini, Pusat Perdagangan Luar China telah mengadakan aktiviti untuk mempromosikan ekspo di Guangzhou ini dan mengundang penyertaan pembeli dari dalam dan luar China.

Canton Fair ke-130 yang bakal dirasmikan pada 15 Oktober mampu menyediakan 51 buah zon pameran yang melibatkan produk dari 16 bidang, dan dijangka akan menarik penyertaan lebih 25 ribu syarikat pengeluaran yang berprestij dari dalam dan luar China.

Difahamkan, pihak penganjur Canton Fair akan mengadakan 52 buah aktiviti promosi di 40 buah negara dn kawasan untuk memperkenalkan kluster industri utama China, dan meningkatkan kecekapan dalam bergaulan dengan kumpulan pembeli antarabangsa yang terkenal, di samping mengundang penyertaan pembeli daripada syarikat asing dan domestik secara fizikal, serta membina rantai perkhidmatan perdagangan yang lebih lengkap dengan buat pertama kalinya menarik penyertaan syarikat pergudangan dan logistik maritim dari seberang laut. 

曹捷