VAM China No.1 Untuk 11 Tahun

2021-09-14 14:35:18  CRI
Share with:

Sejak tahun 2010, Nilai Tambahan Perkilangan (VAM) China telah menduduki tempat pertama dalam ranking dunia untuk 11 tahun berturut-turut. Sebagai pemilik rantai industri yang paling lengkap, China menduduki tangga pertama dalam ranking kapasiti pengeluaran dunia yang melibatkan 40% dari 500 jenis produk utama.

Dalam sidang media Dewan Negara semalam, Menteri Industri dan Maklumat, Xiao Yaqing memaklumkan, pada tempoh tahun 2010 hingga 2020, Nilai Tambahan Industri China meningkat daripada RMB20.9 trilion (RM13.4 trilion) kepada RMB31.3 trilion (RM20.1 trilion). Antaranya, VAM melambung daripada RMB17 trilion (RM10.9 trilion) kepada RMB26.6 trilion (RM17.1 trillion), dengan nisbahnya naik daripada 22.5% kepada 30% dalam keseluruhan dunia.

Sementara itu, China merealisasikan lonjakan baharu dalam pembangunan maklumat dan komunikasi, terbukti dengan terbentuknya jaringan siber dan mudah alih yang paling besar skalanya di dunia, dan peningkatan nisbah stesen pemancar 5G dan penyambungan terminal milik negara ini dalam keseluruhan global yang masing-masing melebihi 70% dan 80%. 

高蕾