Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan tinjauan di bandar Yulin, provinsi Shaanxi semalam. Beliau telah melawat syarikat Industri Kimia Yulin di bawah kumpulan China Energy, kampung Gaoxigou jalan Yinzhou kaunti Mizhi dan bekas pangkalan revolusi di Yangjiagou untuk mengambil tahu keadaan penggunaan arang batu secara komprehensif, usaha menangani hakisan tanah dan membina tamadun ekologi serta pemeliharaan bekas tapak revolusi bagi mewariskan tradisi revolusi yang gemilang.