China Import 1500 Jenis Hasil Pertanian dan Makanan dari ASEAN

2021-09-14 13:23:18  CRI
Share with:

China Import 1500 Jenis Hasil Pertanian dan Makanan dari ASEAN_fororder_234528448

Jabatan Am Kastam China (GAC) pada Isnin memaklumkan, sebanyak hampir 1,500 jenis hasil pertanian dan makanan yang dieksport dari negara ASEAN ke China setakat ini.

Menurut GAC, China memperluas import hasil pertanian dari negara ASEAN sejak beberapa tahun lalu dengan menyaksikan peningkatan 10.3 peratus pada tahun 2020 berbanding tempoh yang sama tahun 2019.

Manakala, untuk lapan bulan pertama tahun ini pula, jumlah import hasil pertanian dari ASEAN direkodkan meningkat sebanyak 41.7 peratus.

Dalam perkembangan lain, turut berlangsungnya pada hari sama ialah Mesyuarat Menteri-Menteri mengenai Kerjasama Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan serta Keselamatan Makanan China-ASEAN ketujuh secara maya.

Pada mesyuarat tersebut,  Naib Pengarah GAC, Wang Lingjun berpendapat, kerjasama antara China dan ASEAN dalam bidang tersebut amat penting dalam kerjasama ekonomi dan perdangangan kedua-dua pihak.

Malah jelas beliau, ia memainkan peranan penting dalam merangsang perdagangan dua hala, khususnya pertumbuhan perdagangan hasil pertanian.

Sempena mesyuarat itu, laman sesawang Maklumat Kerjasama Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan serta Keselamatan Makanan China-ASEAN yang telah dinaiktarafkan turut dilancarkan dan memulakan operasi sepenuhnya.

覃淼