Xi Balas Surat dari 'Batalion Teladan Dataran Tinggi'

2021-09-14 13:39:57  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menggalakkan tentera sempadan menjaga sempadan negara dengan baik dan memberi sumbangan baharu kepada Parti dan rakyat.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatakuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China berkata demikian dalam sepucuk surat balasnya kepada sebuah batalion teladanTentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang ditempatkan di wilayah dataran tinggi.

Xi menyatakan, dalam tempoh lima tahun yang lalu, para anggota tentera yang bertugas menjalankan misi yang diberikan Parti dan rakyat, sudi menyumbang masa belia dan menumpah darah dalam menjaga tanah air yang suci, dan berturut-turut mencipta kecemerlangan. Anak Cina ini semua bagus.

Xi menekankan, pasukan penjaga sempadan berjuang pada barisan terdepan bagi memperkukuh keselamatan wilayah, dengan memikul tugas yang amat sukar dan tanggungjawab yang amat besar. Beliau melahirkan harapan agar para anggota tentera mementingkan tanggungjawabnya, mewarisi tradisi yang holistik, menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan sumbangan baharu kepada Parti dan rakyat.  

Batalion berkenaan berpangkalan di kawasan yang altitud puratanya lebih 4,800 meter, catatan suhu udara terendahnya minus 40 darjah Celsius, dan angin kencang bertiup selama lebih 200 hari setahun.

Pada Ogos tahun 2016, Xi menandatangani satu perintah untuk menganugerahi batalion tersebut dengan gelaran "Batalion Teladan Penjagaan Sempadan Dataran Tinggi".

曹捷