Masalah Hak Asasi Manusia AS Didakwa pada UNHRC

2021-09-15 12:15:25  CRI
Share with:

Delegasi China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Jiang Duan telah mewakili sejumlah negara dalam dialog anjuran Sidang ke-48 Majlis Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) dengan pesuruhjaya kanan yang diadakan semalam, menyampaikan ucapan bersama untuk memprihatin masalah hak asasi manusia yang berleluasa di Amerika Syarikat (AS).

Dimaklumkan, AS bercuai dalam menghormati hak nyawa dan kesihatan rakyat, terbukti dengan catatan kes jangkitan dan kematian COVID-19 yang paling banyak meskipun memiliki peralatan dan teknologi perubatan yang paling canggih di seluruh dunia. Kerajaannya tidak memilih berusaha membendung wabak, sebaliknya asyik mencari-cari akal untuk mempolitikkan usaha merungkai asal usul koronavirus baharu dengan niat untuk mengambinghitamkan negara lain dan mengelak daripada bertanggungjawab terhadap kegagalan negara sendiri.

Sementara itu, amalan rasisme dan diskriminasi perkauman wujud secara sistematik di AS pada jangka masa panjang yang lalu. Keturunan Afrika dan Asia serta umat Islam sejak sekian lama terpaksa menderita diskriminasi, yang dilihat berpunca pemerdagangan dan sistem hamba yang berdosa dalam sejarah silam negara terbabit.

Menyentuh isu Afghanistan, walaupun telah mengundurkan pasukan tentera, namun AS dan sekutunya seharusnya menerima penyiasatan jenayah tentang pembunuhan penduduk awam di Afghanistan dalam tempoh 20 tahun yang lalu, dan pembunuh berkenaan semestinya diheret ke meja pengadilan.

Dan akhirnya, UNHRC dan pesuruhjaya kanan diseru terus menaruh perhatian terhadap AS dan mendesaknya bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan asasi manusia antarabangsa.

高蕾