China Berkembang Maju Dalam Bidang Sukan

2021-09-15 16:52:56  CRI
Share with:

 

Provinsi Shaanxi menjadi tuan rumah kepada Temasya Sukan Kebangsaan Ke-14 yang membuka tirainya pada hari ini dan dijadual untuk berlangsung hingga 27 September nanti.

Difahamkan, ia merupakan julung-julung kalinya temasya sukan yang bertaraf tinggi dan berskala paling besar di China diadakan di kawasan tengah dan barat.

Untuk rekod, sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan, China memperlihatkan perkembangan pesat dalam bidang sukan,  sementara sukan kompetitif pula semakin cemerlang.

Memetik ucapan Presiden China, Xi Jinping, negara aktif bersukan merupakan antara komponen penting bagi usaha merealisasikan impian China.

Sebagai penggemar sukan, Xi ketika menerima wawancara Stesen Televisyen Rusia menyatakan beliau juga gemar untuk berenang, mendaki gunung serta bermain bola sepak, bola keranjang, dan Wushu.

Manakala, bagi aktiviti salji dan ais pula, Xi berkata beliau gemar menonton bola ais,  luncur ais laju dan luncur ais berbunga.

"Dulu saya juga suka bertinju dan ia amat baik khususnya untuk meningkatkan daya pertahanan dan tenaga fizikal," ujar Xi.

胡星