Xi: Jadi Tonggak Negara yang Serba Pandai

2021-09-15 14:03:50  CRI
Share with:

Pembangkitan semula bangsa Cina tidak terlepas dari rakyat jelata yang beretika semakin tinggi yang berkaitan rapat dengan pendidikan. China akan menyempurnakan struktur pendidikan dan menyesuaikannya dengan keperluan memperjuangkan matlamat Seratus Tahun Kedua. Untuk itu, setiap pelajar diharap menjadi tonggak negara yang serba pandai, iaitu memupuk prestij moral, mengembangkan kecerdasan, mengikuti latihan fizikal, meningkatkan kemampuan menikmati dan mencipta kecantikan, serta mempraktikkan ketrampilan dalam pekerjaan.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping ketika meninjau di Sekolah Menengah Eksperimen Suide di bandar Yulin, provinsi Shaanxi semalam.

Sesi ramah mesra turut diadakan setelah Xi melihat para pelajar mempraktikkan kaligrafi dan mengikuti latihan fizikal.

高蕾