300 Ribu Jenis Buku Dipamerkan Sempena BIBF ke-28

2021-09-15 13:36:35  CRI
Share with:

300 Ribu Jenis Buku Dipamerkan Sempena BIBF ke-28_fororder_sz

Ekspo Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) ke-28 telah dirasmikan di Beijing semalam. Ekspo kali ini disertai kira 2,200 pempamer dari 105 buah negara dan kawasan di seluruh dunia termasuk 57 negara dan kawasan yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Pameran buku pula melibatkan 300 ribu jenis.

300 Ribu Jenis Buku Dipamerkan Sempena BIBF ke-28_fororder_sz3

BIBF kali ini dianjurkan bersama Jabatan Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Kebangsaan, Kementerian Teknologi Sains, kerajaan bandar Beijing, Persatuan Penerbitan China, Persatuan Penulis China dan Syarikat Import dan Eksport Buku China. Pakistan terpilih sebagai negara kehormat.

BIBF merupakan pameran buku antarabangsa berskala besar yang pertama dianjurkan secara hibrid di sebalik pandemik global buat masa kini.

300 Ribu Jenis Buku Dipamerkan Sempena BIBF ke-28_fororder_sz2

高蕾