Isu Pelepasan Air Kumbahan Nuklear Loji Fukushima ke Laut Diberi Perhatian

2021-09-16 11:56:37  CRI
Share with:

Dialog pelapor khas melibatkan keselamatan air minuman dan kemudahan kesihatan telah diadakan sempena mesyuarat ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Genava semalam waktu tempatan.

Wakil China dalam dialog tersebut menunjukkan bahawa isu air tercemar dalam insiden nuklear di logi tenaga nuklear Fukushima Jepun berkaitan rapat dengan keselamatan ekologi alam sekitar global dan kesihatan serta nyawa rakyat pelbagai negara. Keputusan Jepun untuk melepaskan air kumbahan nuklear ke laut dianggap tindakan yang tidak bertanggungjawab memandangkan pihaknya masih belum mencubakan semua tindakan yang berkemungkinan. China mendesak Jepun segera menghentikan pelaksanaan dasar dan tingkah laku yang salah yang akan menjejaskan persekitaran lautan global dan keselamatan kesihatan awam global, dan menerima penglibatan, penilaian dan pemantauan masyarakat antarabangsa terutama pihak-pihak yang berkaitan rapat dengan isu tersebut.

Smentara itu, kerajaan AS mendakwa pelepasan air kumbahan nuklear Jepun ke laut “nampaknya” selaras dengan piawaian keselamatan nuklear yang diakui umum masyarakat antarabangsa, tetapi negaranya sudah mengumumkan melarang pengimportan beras dan ikan dari Jepun. Wahai lidahnya bercabang.

China memilih mendesak Jepun jangan melepaskan air kumbahan nuklear ke laut mengikut kehendak diri sebelum mencapai kata sepakat dengan pihak-pihak terbabit dan agensi antarabangsa berkenaan.

张宪