Trivia: Pakar Pernafasan Zhong Nanshan, Pemecah Rekod Temasya Sukan Kebangsaan

2021-09-16 16:28:31  CRI
Share with:

Bandar Xi'an, provinsi Shaanxi menjadi tuan rumah kepada Temasya Sukan Kebangsaan China Ke-14 yang membuka tirainya semalam dan dijadual berlangsung hingga 27 September nanti.

Pada 62 tahun yang lalu, terdapat seorang pemuda yang berjaya memecahkan rekod dalam acara acara 400 meter lompat pagar lelaki pada Temasya Sukan Kebangsaan China pertama.

Sekarang, individu tersebut telah menjadi pakar penyakit pernafasan terkemuka di China, dan beliau ialah doktor Zhong Nanshan.

Trivia: Pakar Pernafasan Zhong Nanshan, Pemecah Rekod Temasya Sukan Kebangsaan_fororder_zns

Pada tahun 1955, Zhong Nanshan menuntut di Jabatan Perubatan Universiti Peking.

Atas kecemerlangannya dalam bidang sukan, Zhong dipiilih untuk menyertai Temasya Sukan Kebangsaan China pertama.

Tanpa dijangka, Zhong yang bukan atlet profesional memecah rekod kebangsaan dalam acara 400  meter lompat pagar lelaki dengan catatan 54.2 saat.

Selepas temasya sukan itu, Zhong berhadapan dengan peluang menjadi seorang atlet profesional.

Namun, beliau tetap kembali ke universiti untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Walaupun tidak menjadi seorang atlet profesional, aktiviti sukan masih sering dilakukan oleh beliau yang turut banyak memberi manfaat terhadap kesihatannya.

Trivia: Pakar Pernafasan Zhong Nanshan, Pemecah Rekod Temasya Sukan Kebangsaan_fororder_zns2

高蕾