Xi: Sistem Beidou Beri Manfaat Sejagat

2021-09-16 12:11:48  CRI
Share with:

Xi: Sistem Beidou Beri Manfaat Sejagat_fororder_265920670

Di dalam suasana pembangunan industri digital yang pesat ini,  perkhidmatan maklumat ruang-masa, penentududukan dan navigasi kini menjadi prasarana baharu yang penting.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniah yang diutuskan kepada Sidang Kemuncak Antarabangsa Aplikasi BDS Beidou pertama, hari ini.

Ketika ini, sistem perkhidmatan navigasi satelit global Beidou III yang mula beroperasi pada Julai tahun lepas, telah dipopularkan dan digunakan di lebih separuh negara dan kawasan di seluruh dunia.  

Difahamkan juga, aplikasi berskala besar Beidou DBS telah memasuki fasa penting iaitu proses pemasaran, perindustrian, dan pembangunan antarabangsa.

Menurut Xi, sistem Beidou bukan sekadar memberikan manfaat kepada penduduk China, malah kepada rakyat pelbagai negara di dunia.

Jelas beliau, China  mengekalkan keterbukaan dan integrasi, koordinasi dan kerjasama, keserasian dan saling melengkapi, serta saling berkongsi hasil kejayaan.

"China juga komited bekerjsama dengan semua pihak untuk menggalakkan pembangunan industri dan sistem navigasi satelit Beidou, mempromosi pencapaian industri navigasi satelit global, dan menjadikan Beidou sebagai sistem yang lebih bermanfaat," ujar Xi lagi.

Bertemakan"Beidou Berkhidmat Dunia, DBS Memperkasa Masa Depan", Sidang Kemuncak Antarabangsa Aplikasi BDS Beidou Pertama itu akan berlangsung sehingga esok di bandar Changsha, Provinsi Hunan.

覃淼