Kuasa Luar Ditentang Campuri Urusan Dalaman China

2021-09-16 13:56:11  CRI
Share with:

Dialog dengan Pesuruhjaya Kanan anjuran Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) dalam Sidang ke-48nya telah diadakan di Geneva pada 14 hingga 15 September. Wakil dari Venezuela, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Sudan Selatan, Laos, Sri Lanka, Dominica, Armenia, Maldives dan Tanzania telah memuji prestasi pembangunan hak asasi manusia China dan menentang kuasa luar mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman China menerusi isu melibatkan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet.

Venezuela menghargai usaha China membanteras kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan menyatakan bahawa langkah paksa sepihak akan memberikan pengaruh negatif kepada perkembangan hak asasi manusia di Xinjiang.

DPRK menentang negara terbabit berniat memanipulasi isu Xinjiang dan Hong Kong bagi mencampuri urusan dalaman China. Hak asasi manusia tidak sepatutnya dijadikan alat politik dalam sebarang keadaan. UNHRC dan pesuruhjaya kanan diharap menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara.

Laos dan Sri Lanka menyatakan, tidak campur tangan terhadap hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah batu asas bagi norma antarabangsa. Xinjiang dan Hong Kong adalah sebahagian wilayah China, dan urusannya merupakan pentadbiran dalaman negaranya.

Dominica menyokong pendirian China dan menyeru pelbagai pihak menghormati hak rakyat sesebuah negara untuk memilih jalan pembangunan berdasarkan keadaan negara sendiri.

高蕾