Komplot Jejaskan Kestabilan Xinjiang Pasti Gagal

2021-09-17 16:16:51  CRI
Share with:

Isu Xinjiang bukanlah isu kaum, agama dan hak asasi manusia, melainkan masalah menentang pemisahan, keganasan dan amalan pelampau. Bagaimanapun, segelintir politikus negara terbabit dan kuasa anti-China yang tidak pernah mengunjungi wilayah Xinjiang, membuta terhadap tercapainya kemajuan Xinjiang dalam bidang hak asasi manusia, dan terang-terangan memfitnah Xinjiang dengan dalih "mencabuli hak asasi manusia". Mereka sebenarnya berniat menjejaskan kestabilan dan mengekang pembangunan Xinjiang, bahkan ingin mengheret Xinjiang kembali ke landasan masa lepas yang menyaksikan banyak berlakunya kegiatan pengganas. Perbuatan seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia saja.

Demikian dinyatakan jurucakap kerajaan wilayah Xinjiang dalam sidang media hari ini.

Dimaklumkan, calon Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Fumio Kishida mengutuk China menerusi isu hak asasi manusia Xinjiang dan menyatakan akan menubuhkan satu jawatan baharu, iaitu Penolong Perdana Menteri bagi isu hak asasi manusia. Menurut ulasan berkenaan, jawatan baharu itu bertujuan untuk "mengawas perlakuan kerajaan China terhadap kaum Uygur". Selain itu, sejumlah negara di Eropah juga memilih menunjuk-nunjuk berhubung isu hak asasi manusia Xinjiang.

高蕾