Perdagangan China dengan Negara SCO Meningkat 20 Kali Ganda

2021-09-17 13:42:06  CRI
Share with:

Sidang kemuncak untuk memperingati ulang tahun ke-20 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Tajikistan hari ini. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting dalam sidang media semalam menyatakan bahawa dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai negara anggota SCO mendorong kerjasama ekonomi serantau berkembang terus.

Pada tahun 2001, perdagangan antara China dengan negara anggota SCO mencatat USD12 bilion (RM50 bilion), lalu melonjak kepada USD245 bilion (RM1 trilion) pada tahun 2020, iaitu meningkat 20 kali ganda dalam tempoh 20 tahun. Pada tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan kedua-dua pihak meningkat 41% dengan mencatat USD180.6 bilion (RM753 bilion).

Selain itu, setakat penghujung bulan Julai lalu, pelaburan China terhadap negara anggota SCO dalam pelbagai bidang melebihi USD70 bilion (RM292 bilion). Tabung Kerjasama Ekonomi China-Eurasia yang menyasarkan negara SCO dengan skop USD5 bilion (RM21 bilion) berperanan memberikan sokongan kepada projek-perojek yang melibatkan petrolum dan gas, bekalan elektrik, industri kimia, pertanian dan kehidupan rakyat.

曹捷