Angkawasan China Tamatkan Misi Terlama, Pulang ke Bumi

2021-09-17 14:52:00  CRI
Share with:

Angkawasan China Tamatkan Misi Terlama, Pulang ke Bumi_fororder_航天员1

Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China melaporkan bahawa kapal angkasa Shenzhou-12 akan memulakan perjalanan pulang ke Bumi hari ini selepas berada di ruang angkasa selama 90 hari.

Menurut pejabat tersebut, Shenzhou-12 dan tiga orang angkasawan iaitu Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo telah melengkapi dua ujian terlebih dahulu iaitu keliling dunia dan bertemu radial sebelum memulakan perjalanan pulang.

Difahamkan, terdapat empat langkah proses kapal angkasa Shenzhou tersebut kembali ke bumi.

Fasa pertama merupakan fasa perlahan brek, yang kemudiannya disusuli dengan fasa peluncuran bebas, memasuki atmosfera, dan akhir sekali iaitu fasa pendaratan ke Bumi.

胡星