Pengeluaran, Penjualan NEV China Duduki Tangga Teratas Dunia

2021-09-17 13:54:07  CRI
Share with:

Pengeluaran, Penjualan NEV China Duduki Tangga Teratas Dunia_fororder_05e79ddb8f204d82a6fb0f3b2178374b_16x9

Pengeluaran dan penjualan kenderaan tenaga baharu (NEV) China berjaya menduduki tangga teratas di dunia selama enam tahun berturut-turut.

Demikian makluman Persidangan Kenderaan Tenaga Baharu Dunia 2021 yang dirasmikan di bandar Haikou, provinsi Hainan, selatan China, pada Khamis.

Selain itu,  NEV China dilaporkan semakin berkembang dari sektor awam kepada sektor swasta susulan pelaksanaan dasar keutamaan subsidi kewangan oleh pihak kerajaan.

Untuk rekod, jumlah promosi kumulatif NEV direkodkan sebanyak tujuh juta unit yang merupakan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan sedunia.

Statistik terkini juga menunjukkan, jumlah pengeluaran dan penjualan NEV di pasaran domestik mencatat 1.8 juta unit pada lapan bulan pertama tahun ini yang menyaksikan peningkatan 1.9 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Naib Menteri Industri dan Maklumat China, Xin Guobin, perkembangan inovasi teknologi  berjaya mewujudkan pengecasan elektrik hanya lima minit dengan kemampuan bergerak sejauh 200 kilometer.

Dalam pada itu, eksport NEV lengkap China  pula dicatatkan meningkat 4.5 kali ganda pada lapan bulan pertama tahun ini.

Dalam perkembangan lain, jumlah pelepasan gas rumah hijau dalam bidang lalu lintas, terutamanya kereta, dianggarkan mencakupi kira-kira 20 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global.

Justeru, pengurangan pelepasan gas rumah hijau kereta antara langkah penting bagi  mencapai wawasan kemuncak pelepasan karbon dioksida dan status neutral karbon negara ini.

覃淼