Kapal Angkasa Shenzhou-12 Selamat Mendarat

2021-09-17 14:52:43  CRI
Share with:

Kapal Angkasa Shenzhou-12 Selamat Mendarat_fororder_微信图片_20210917144807

Kapal Angkasa Shenzhou-12 telah mendarat dengan selamat di zon pendaratan yang dijadualkan hari ini waktu Beijing, dan tiga angkasawan yang dibawanya iaitu Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo dikesan berada dalam keadaan yang baik. Ini menandakan tercapainya kejayaan dalam pelaksanaan misi kapal angkasa Shenzhou-12.

Kapal Angkasa Shenzhou-12 Selamat Mendarat_fororder_微信图片_20210917145023

Kapal angkasa Shenzhou-12 dilancarkan di pusat pelancaran satelit Jiuquan pada 17 Jun, kemudian disambung dengan modul teras Tianhe. Ketiga-tiga angkasawan tersebut telah tinggal di dalam modul itu selama tiga bulan dan pernah menjalankan aktiviti di luar modul itu sebanyak dua kali untuk menjalankan sejumlah ujian sains dan teknikal.

Kapal Angkasa Shenzhou-12 Selamat Mendarat_fororder_微信图片_20210917145032

曹捷