Sidang Perbincangan Syarikat China-Malaysia Dalam Talian

2021-09-18 15:32:38  CRI
Share with:

“Sidang Perbincangan Dalam Talian Kerjasama Rentas Sempadan Syarikat China-Malaysia 2021” telah diadakan semalam, dengan diserikan dengan penyertaan 400 buah syarikat dari kedua-dua negara, yang turut mencapai 102 persetujuan kerjasama serta menandatangani 87 kontrak.

Presiden Gabungan Persatuan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Dato' Low Kian Chuan dalam ucapannya menyatakan, China menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk 12 tahun secara berturut-turut, di samping merupakan destinasi pengeksportan dan sumber pengimportan terbesar Malaysia. Potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara sungguh besar.

Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing pula menyatakan menurut statistik pihak China, jumlah perdagangan dua hala China-Malaysia dan jumlah pelaburan bukan kewangan China terhadap Malaysia telah masing-masing meningkat 43.9% dan 76.3% pada separuh tahun pertama tahun ini. Menurut beliau, China bersedia berkongsi pengalaman pembangunan dengan Malaysia, mengintensifkan kerjasama yang konsisten, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan dan penggubalan strategi dan rancangan kerjasama masing-masing supaya memberi manfaat kepada pemulihan ekonomi dan perkembangan masyarakat kedua-dua pihak.

张宪