Aktiviti Peringati Peristiwa '18, September' di Shenyang

2021-09-18 16:52:04  CRI
Share with:

Aktiviti memperingati peristiwa '18, September' dengan membunyikan loceng telah diadakan di Shenyang, ibu kota provinsi Liaoning hari ini. Genta yang dipukul sebanyak 14 kali menandakan rakyat China tumpah darah dalam perjuangan selama 14 tahun menentang pencerobohan, mana kala siren yang dibunyikan selama tiga minit adalah untuk memperingatkan orang ramai mengingat sejarah, menyampaikan kehormatan dan rasa rindu kepada pahlawan yang terkorban dan menghargai kedamaian.

Pada pukul 9.18 pagi tadi, siren serangan udara telah dibunyikan serentak di 14 buah bandar di seluruh provinsi Liaoning, di mana semua pengendera memilih berhenti dan menekan hon, dan pemandu kapal dan kereta api juga membunyikan peliut. Memperingati sejarah bukan demi meneruskan rasa kebencian, tetapi hanya untuk mengingati rakyat bangkit dan menjadi kuat.  

Aktiviti Peringati Peristiwa '18, September' di Shenyang_fororder_1049665112

 

曹捷