“Together for a Shared Future”, Slogan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Diumumkan

2021-09-18 14:32:37  CRI
Share with:

“Together for a Shared Future”, Slogan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing telah diumumkan semalam.

Slogan tersebut dianggap memberi pentafsiran China terhadap moto Olimpik “lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih bersatu”, di samping mengeluarkan hasrat bersama-sama menuju ke masa depan yang lebih baik. Beijing, “bandar tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas dan Sejuk” sekali lagi akan berkongsi kisah yang bercirikan China dengan temasya sukan Olimpik.

“Together for a Shared Future”, Slogan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Diumumkan_fororder_1127873915_16318686592421n

Di sebalik penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, “together” dalam slogan tersebut memperlihatkan ketabahan umat manusia tatkala menghadapi kesukaran, manakala “for a Shared Future” pula menunjukkan cita-cita manusia terhadap masa depan yang boleh membawa keyakinan dan harapan. “Together for a Shared Future” merupakan sikap, inisiatif dan langkah tindakan untuk mencapai matlamat bersama iaitu bersatupadu memperjuangkan kamanan, kemajuan dan keinklusifan.

“Together for a Shared Future”, Slogan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Diumumkan_fororder_1127873915_16318686592891n

Datuk Bandar Beijing yang juga selaku Pengerusi Ekskutif Jawatankuasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Chen Jining dalam ucapannya menyatakan, di bawah pimpinan pantas kerajaan China, pihaknya bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara dalam menyahut cabaran dan mengatasi rintangan sehingga pelbagai tugasan persiapan berjalan lancar menurut jadual.

Slogan yang baru diumumkan tersebut dilihat akan menarik lebih ramai orang memberi perhatian terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk dan menyebarkan sinaran harapan baik kepada rakyat sejagat untuk berganding bahu, dan menyemarakkan semangat  'ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' demi masa depan yang cerah.

张宪