Surat Balas Xi kepada Sanak Saudara Sahabat Antarabangsa

2021-09-18 14:57:13  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dalam surat balas kepada sejumlah sanak saudara sahabat antarabangsa, merakamkan peringatan terhadap jasa mereka yang berganding bahu dalam usaha revolusi, pembangunan dan pembaharuan China.

Xi berkata, pada seratus tahun lepas sejak ditubuhkan, Parti Komunis China (PKC) bersatupadu dengan rakyat mengekalkan perjuangan sehingga merealisasikan matlamat Seratus Tahun pertama, iaitu menyelesaikan pembangunan masyarakat yang makmur sederhana secara menyeluruh. PKC sekarang ini memimpin rakyat terus memperjuangkan matlamat Seratus Tahun kedua, iaitu membangunkan negara sosialis yang moden secara menyeluruh, sekali gus menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia. Pilihan sahabat antarabangsa pada masa lalu dibuktikan adalah betul.

Tambah beliau, sejarah terus berkembang dan semangat terus diwariskan. Sanak saudara bekas pejuang asing diharap menyumbang kepada usaha memupuk persahabatan dan meningkatkan kerjasama antara rakyat China dengan dunia, yang juga dilihat kondusif bagi membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

高蕾