Pertemuan Kembali pada Pesta Kuih Bulan

2021-09-19 16:00:59  CRI
Share with:

Sebagai salah satu hari raya tradisional bagi bangsa Cina, Pesta Kuih Bulan membawa harapan rakyat terhadap pertemuan kembali dan keharmonian keluarga serta rasa cinta terhadap kampung halaman dan tanah air. Sejak tahun 2012, Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping pernah banyak kali menyebut kasih sayang dalam keluarga.

Ketika menghadiri jamuan sambutan yang diadakan perantau dan orang Cina di Seattle, Amerika Syarikat pada saat menjelang Pesta Kuih Bulan tahun 2015, Xi mengajak para hadirin melakukan kunjungan ke tanah air, sambil menunjukkan hidangan kuih bulan yang dibawanya dari kampung halaman.

Pada Disember 2016, ketika bertemu dengan wakil dalam Majlis Pengiktirafan Sumbangan Keluarga Berbudi Kebangsaan Pertama, Xi berkata, baik pada masa silam mahupun sekarang ataupun masa depan, kebanyakan orang hidup dalam keluarga. Pembangunan peradaban keluarga perlu diperhatikan, supaya setiap keluarga menjadi dasar pembangunan negara, kemajuan bangsa dan keharmonian masyarakat, sekaligus tempat permulaan cita-cita.

Pada Februari 2019, Xi menegaskan sekali lagi bahawa kebahagiaan setiap keluarga bergantung pada pembangunan dan kemakmuran negara, sedangkan pembangunan dan kemakmuran negara tidak terlepas daripada kebahagiaan setiap keluarga.

高蕾