CMG, Media Kerjasama Rasmi Bahasa Mandarin Ekspo 2020 Dubai

2021-09-20 21:50:20  CRI
Share with:

CMG, Media Kerjasama Rasmi Bahasa Mandarin Ekspo 2020 Dubai_fororder_Dubai

Kumpulan Media China (CMG) memeterai perjanjian dengan penganjur Ekspo Dunia 2020 di Dubai, pada Isnin, yang menyaksikan CMG akan menjadi satu-satunya media rasmi bahasa Mandarin untuk acara edisi kali ini.

Difahamkan, beberapa siri sepersetujuan turut berjaya dicapai antara kedua-dua pihak pada hari yang sama.

Ia termasuk komitmen CMG yang akan melancarkan laporan berskala panjang dan besar selama setengah tahun berjudul “Masa untuk Ekspo Dunia” antaranya majlis perasmian dan penutupan, aktiviti bertema, pavilion pelbagai negara dan tetamu kehormat dalam Ekspo 2020 Dubai.

Selain itu, kelebihan CMG dalam teknologi "5G+4K/8K+AI" serta VR dan AR akan dimanfaatkan dalam liputan tersebut untuk menyajikan pengalaman audio-visual yang mengujakan buat penonton di seluruh dunia ketika menonton eskpo itu.

Ekspo 2020 Dubai yang ditunda selama setahun susulan pandemik COVID-19 dijadual diadakan pada 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.

Menurut Biro Pelancongan Dubai, sebanyak 192 buah negara telah mengesahkan pendaftaran dalam ekspo dunia yang buat kali pertama diadakan di Asia Barat ini dan diunjurkan akan merekodkan kehadiran 25 juta pengunjung sepanjang enam bulan ia berlangsung.

覃淼