Xi Komited Kukuh Hubungan China-Nepal

2021-09-20 13:39:16  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited meningkatkan hubungan China-Nepal ke tahap yang lebih tinggi demi kesejahteraan negara dan rakyat kedua-dua pihak.

Dalam perutusan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Nepal, Bidhya Devi Bhandari sempena Hari Kebangsaan Nepal hari ini, Presiden Xi menyatakan bahawa beliau menumpukan terhadap perkembangan hubungan antara China dengan Nepal.

Xi menambah, China dan Nepal telah menjalin perkongsian strategik untuk pembangunan dan kemakmuran. Kedua-dua pihak sentiasa saling menyokong dalam isu teras melibatkan kepentingan masing-masing.

Pada tahun lalu, rakyat kedua-dua negara bergabung tenaga untuk melawan wabak COVID-19, memperkasakan kerjasama dalam pembangunan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan turut menyuntik semangat baharu ke dalam persahabatan tradisional China-Nepal.

   

覃淼