Program Radio dan Televisyen Disiarkan secara Normal

2021-09-20 14:28:08  CRI
Share with:

Program Radio dan Televisyen Disiarkan secara Normal_fororder_afghanistan1

Kerja pelbagai agensi kerajaan telah disambungkan sejak Taliban mengambil alih pemerintahan Kabul, termasuk Stesen Radio dan Televisyen Kebangsaan Negara.  Sekarang,  program radio dan televisyen disiarkan secara normal.

Demikian dikatakan Ketua Pengarah Stesen Radio dan Televisyen Kebangsaan Afghanistan yang dilantik oleh Taliban, Atiqulla Aziz dalam temu ramah dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) kelmarin.

Atiqulla Aziz menambah,  stesen itu perlu memenuhi  permintaan rakyat terhadap maklumat dari pelbagai bidang yang melibatkan ekonomi, pertanian, kebudayaan, politik, kesihatan, perubatan dan sebagainya, di samping memberi keperihatinan terhadap pelbagai lapisan masyarakat.

胡星