Bulan Pernama, Impian Jadi Kenyataan

2021-09-21 13:53:00  CRI
Share with:

Bulan Pernama, Impian Jadi Kenyataan_fororder_11

Impian antara titik permulaan semua perjuangan.

Presiden China, Xi Jinping pernah berjanji bahawa China pasti akan mewujudkan masyarakat makmur sederhana  secara komprehensif sempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) pada bulan Disember tahun 2012.

Pada bulan Julai tahun 2021, Presiden Xi mengumumkan bahawa China telah mewujudkan matlamat  seratus tahun pertama dan merealisasikan masyarakat makmur sederhana  melalui usaha semua rakyat China.

Bulan Pernama, Impian Jadi Kenyataan_fororder_22

Presiden Xi pernah  mempengerusikan mesyuarat mengenai kerja membasmi kemiskinan sebanyak tujuh kali, selain mengadakan tinjauan sebanyak lebih 50 kali di seluruh negara yang termasuk  14 kawasan paling mundur demi mengetahui keadaan setempat.

Bulan Pernama, Impian Jadi Kenyataan_fororder_33

China memiliki stesen angkasa sendiri pada tahun 2021. Presiden Xi melawat Pusat Kawalan Penerbangan Angkasa Lepas Beijing dan melakukan perbualan mesra dengan angkasawan Shenzhou 12 yang sedang bertugas dalam modul teras Tianhe pada 23 Jun lalu.

Presiden Xi pernah tiga kali berhubung dengan angkasawan dari  Bumi ke ruang angkasa lepas yang masing-masing pada masa kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-10 bercantum dengan modul eksperimen Tiangong-1,  Shenzhou-11 bercantum dengan Tiangong-2, dan Shenzhou-12 bercantum dengan modul teras stesen angkasa Tianhe.

Bulan Pernama, Impian Jadi Kenyataan_fororder_44

Presiden Xi mengadakan tinjauan ke venue pertandingan dan perkampungan atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada tahun ini dan berikrar untuk menjayakan penganjuran temasya sukan ini.

Bulan Pernama, Impian Jadi Kenyataan_fororder_55

Xi menyatakan bahawa China berjaya menganjurkan Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 demi mewujudkan impian rakyat China. Impian setiap orang dan impian berhubung negara ini semakin hebat dalam sektor sukan berkaitan rapat dengan Impian China. Rakyat China sedang bergabung tenaga demi mewujudkan impian kebangkitan nusa dan bangsa China.

覃淼