Vaksin Sinopharm Tiba di Malaysia

2021-09-21 15:00:47  CRI
Share with:

Menurut perjanjian, sebanyak dua juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat Sinopharm China akan dihantar kepada Malaysia. Vaksin kumpulan pertama dilaporkan telah tiba di Malaysia pada minggu lalu.

Menurut akaun rasmi media sosial Kedutaan Besar China ke Malaysia semalam, perjanjian kerjasama peringkat awal mengenai vaksin COVID-19 telah ditandatangani antara syarikat Sinopharm dengan Duopharma (M) Sendirian Berhad Malaysia.  Ini merupakan kemajuan penting dalam kerjasama kedua-dua negara daripada aspek vaksin.

Menurut maklumat Kedutaan China, pihaknya akan terus menyediakan bantuan vaksin mengikut permintaan Malaysia untuk menyumbang kepada pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pelan Pemulihan Negara di negara itu.

徐国玮