China Duduki Tempat Ke-12 Dalam Ranking Indeks Inovasi Global

2021-09-21 15:45:09  CRI
Share with:

China berada di kedudukan ke-12  di dunia bagi indeks inovasi dunia, meningkat dua tangga  berbanding tahun lepas, menurut laporan Indeks Inovasi Global 2021 yang diumumkan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia(WIPO) semalam. 

Laporan itu turut menyanjung tinggi pencapaian China dalam bidang inovasi dan menegaskan peri pentingnya dasar kerajaan dan langkah insentif  dalam menggalakkan inovasi.

Sejak tahun 2007, WIPO mula mengumumkan indeks inovasi global yang kini telah menjadi laporan mengenai tahap inovasi dan hak harta intelektual yang berwibawa di arena antarabangsa.

Laporan tersebut menilai keupayaan inovasi komprehensif terhadap 132 entiti ekonomi di dunia secara sistematik dari peruntukan dan pengeluaran dalam bidang inovasi, dengan 81 indikator dalam tujuh kategori termasuk kesan persekitaran terhadap penggubalan dasar, modal insan dan penyelidikan, infrastruktur, indeks kematangan pasaran dan perniagaan, ilmu dan pengeluaran teknologi, pengeluaran inovatif dan sebagainya.

胡星