Ucapan Presiden Xi, Penjana Keyakinan kepada Dunia

2021-09-22 15:27:57  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun menyifatkan ucaptama Presiden China, Xi Jinping pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-76 sebagai penjana keyakinan dan tenaga kepada dunia.

Ketika menerima temu ramah pada hari Selasa, Zhang Jun berkata, Presiden Xi dalam ucaptama menerusi video eksklusif tersebut mengemukakan siri cadangan, perumusan dan langkah baharu memfokuskan kepada usaha bersama melawan pandemik COVID-19, pemulihan ekonomi, perkembangan hubungan antarabangsa dan penyempurnaan tadbir urus global.

Zhang menegaskan, inisiatif yang dikemukakan Xi berhubung pembangunan sejagat  tersebut menunjukkan masalah utama dan mendesak yang dihadapi dunia pada masa sekarang, dan turut mencerminkan hasrat bersama masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara membangun. Inisiatif tersebut juga memperlihatkan pemimpin negara besar yang berpandangan jauh dan strategik . Ketika dunia ini menghadapi cabaran, pemimpin China sekali lagi mengemukakan pelan China.

Sementara itu, wakil pelbagai negara juga mengucapkan tahniah dan menyanjung tinggi ucaptama presiden Xi tersebut yang menggariskan hala tuju pembaugunan sejagat,  di samping menunjukkan sikap China yang bertanggungjawab dan bijak.

徐国玮